Duration 15:26

Memetik buah betik kelapa seberat 3kg | | Sumandak Kampung

2 099 watched
0
0
Published 26 Jul 2020

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Pucuk daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa pengambilan pucuk daun betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila muncul sahaja bintik-bintik merah Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Sumber : Wikipedia #betik #betikkelapa

Category

Show more

Comments - 133