Duration 11:7

OIL EP2 | | CARA HASILKAN MINYAK KELAPA DARA DI RUMAH | TULEN DAN ASLI

20 511 watched
0
679
Published 24 Dec 2021

Atok kongsikan cara menghasilkan minyak kelapa dara yang asli dan tulen. Penghasilan dibuat di rumah secara kecil-kecilan. Kenapa setiap prepper perlu simpan minyak kelapa dara di rumah? Setiap rumah perlu ada minyak kelapa dara sebab segala keperluan nutrisi yang kita perlu, ada dalam minyak kelapa dara. Boleh buat sendiri di rumah. Mudah sangat caranya. ✅ Cara buat: /watch/QY2udgYyCO4yu MINYAK kelapa dara juga digelar superfood. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara. 1) Jika anda mahu kelihatan langsing dan sihat, guna minyak kelapa dara. Ia berfungsi mengurangkan rasa lapar. Jadi, anda akan makan dalam jumlah yang berkurangan berbanding hari biasa. 2) Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan. 3) Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung. Jadi, ia sesuai berada dalam menu diet sihat anda. 4) Ia dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan. 5) Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Sekaligus memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda. 6) Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit. 7) Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi. 8) Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat. 9) Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit. 10) Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes. 11) Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir. 12) Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel. #atokfarm #minyakkelapadara #virgincoconutoil #vco

Category

Show more

Comments - 242